home  split   awam   split  pelancongan   split   warga   split  
  Saiz  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks  Mendengar Teks  Dengar Suara  Tukar Latarbelakang  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Warna Kontras   Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast

Senarai Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Majlis Dan Laman Web.

 

Soalan 1:

Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

Jawapan:

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Soalan 2:

Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?

Jawapan:

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

Soalan 3:

Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?

Jawapan:

Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.

Soalan 4:

Jika pihak yang di pertanggunajawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?

Jawapan:

Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

Soalan 5:

Apakah warna tong kitar semula?

Jawapan:

Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

  • Warna Biru - Untuk kertas

  • Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik

  • Warna Coklat - Untuk kaca

Soalan 6:

Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?

Jawapan:

Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.

Pages: 1  2  

« Mei 2012 »
M T W T F S S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   Multimedia Super Corridor Malaysia   1Malaysia   Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan   MDEC   MyIdeas   SUK Portal Rasmi KSN   RSS