MENU

ydp

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmaanirrahim.

Sesungguhnya saya amat bersyukur ke-hadrat Allah SWT dan amat berbesar hati kerana dapat melahirkan laman web ini walaupun dalam keadaan Majlis Daerah Dabong yang serba kekurangan ini, semoga dengan lahirnya laman web ini akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua pihak samada jabatan ini sendiri, masyarakat dan pihak-pihak lain.

Saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah bertanggungjawab dalam menjayakan proses penyediaan laman web ini terutamanya pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Bhg. Kerajaan Tempatan dan D'Net Consultancy yang telah menganjurkan Kursus Laman Web serta menyediakan program mengenai pembinaan Laman Web ini.

Saya pasti bahawa memang terdapat berbagai kelemahan dan kekurangan dalam laman ini, maklumlah dalam keadaan yang sesingkat ini untuk terus melahirkan laman yang sebaik mungkin adalah agak mustahil bagi kami. Walau bagaimanapun kami berjanji akan mempertingkatkan lagi laman ini dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.