MENU

Penubuhan Majlis Daerah Dabong

Majlis Daerah Dabong telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 hasil daripada penyusunan semula tiga Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Dabong, Majlis Tempatan Manek Urai dan Majlis Tempatan Kuala Balah di bawah Akta 1976 (Akta 171) dengan keluasan kawasan pentadbiran seluas 1978 kilometer persegi (764) batu persegi yang meliputi seluruh Daerah Dabong, Daerah Kuala Balah dan Daerah Olak Jeram.

Penubuhan Majlis Daerah Dabong adalah menepati dasar kerajaan yang bekehendakkan supaya setiap penguasa tempatan di negara ini di susun semula menjadi lebih berfungsi serta berkesan dari segi pentadbiran dan pelaksanaan projek-projek kepada penduduk sekitarnya.Jumlah penduduk pada ketika itu mengikut bancian 1980 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ialah seramai 29,473 orang. Pentadbiran Majlis dan Pengurusan Majlis Daerah Dabong.

Kedudukan Majlis Daerah Dabong

Kedudukan Majlis Daerah Dabong

Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Kawasan Pentadbiran

Kawasan Pentadbiran

 Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.