MENU

Gunung Stong terletak Hutan Simpan Taman Negeri Kelantan dalam Daerah Krai pada ketinggian 1422 meter.Terdapat Gunung -gunung lain di sekitar seperti Gunung Ayam,Gunung Tera, Gunung Saji, Gunung Koh, Gunung Baha, Gunung Beirut dan Gunung Che Tahir.Hutan Simpan Taman Negeri terbentang luas meliputi keluasan 61,734 hektar.

Perjalanan ke sana :

  • Cara pertama :

Pengunjung boleh menggunakan kereta ke Gunung Stong melalui Lebuh Raya Timur Barat 145km dari Jeli. Tiba di persimpangan Jeli menyusuri jalan ke Kampung Jelawang sejauh 48 km.

  • Cara kedua :

Atau menggunakan Lebuhraya Baru Gua Musang/Kuala Krai menuju ke Pekan Dabong.Jika melalu Pekan Dabong pengunjung perlu mengambil perkhidmatan bot penambang untuk menyeberangi sungai ke Kampung Jelawang.

  • Cara ketiga :

Pengunjung boleh juga menggunakan perkhidmatan keretapi (KTM).Walaubagaimanapun perjalanannya agak jauh kerana perlu ke Tampin sebelum menukar haluan ke pantai Timur.Tiba di Stesen Keretapi Pekan Dabong pengunjung hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke jeti bot penambang Sungai Galas untuk ke Kampung Jelawang.Tambang Bot RM2 dan anda mengambil perkhidmatan teksi untuk membawa anda ke Stong Hill Resort RM3.