MENU

Akta

  1. Akta 171 – Akta Kerajaan Tempatan 1976
  2. Akta 133 – Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974
  3. Akta 172 – Akta Perancang Bandar dan Desa 1976

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Seksyen 19. Larangan Mengenai Pemajuan Tanpa Kebenaran Merancang - Tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh bermula mengusaha, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan kebenaran merancang berkenaan dengan pemaju itu telah diberi kepadanya dibawah seksyen 22 atau dilanjutkan dibawah seksyen 24 (3).

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

Seksyen 70. Notis Mengenai Bangunan Baru - Tiada seseorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.

Sekiranya anda mendirikan sesuatu binaan tanpa mendapat kelulusan PBPT(PBT) terlebih dahulu, denda tidak lebih daripada Lima Ratus Ribu Ringgit (RM 500,000.00) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahunatau kedua-duanyadan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang berterusan denda tambahan sehingga Lima Ribu Ringgit (RM 5000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan pertama bagi kesalahan itu.

Seseorang yang terus menjalankan sesuatu pemajuan selepas dikehendaki menghentikannya adalah melakukan sesuatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Satu Ratus Ribu Ringgit (RM 100,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Enam (6) bulan atau kedua-duanya dan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang berterusan denda tambahan sehingga Lima Ribu Ringgit (RM 5,000.00) bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan pertama bagi kesalahan itu.