MENU

Perkhidmatan Teras

Senarai perkhidmatan teras/ core business(fungsi / bidang):

  • Kawalan Pembangunan
  • Kawalan Perniagaan
  • Pengurusan Cukai Taksiran Harta
  • Perkhidmatan Bandar
  • Penguatkuasaan

Perkhidmatan Utama

> Unit Pentadbiran

Unit Pentadbiran menjalankan tugas-tugas pentadbiran di Majlis Daerah Dabong. Selain daripada merekod maklumat-maklumat pekerja unit ini juga berperanan dalam menyusun atur tugas-tugas dan tanggungjawab yang harus dilakukan oleh setiap kakitangan di Majlis.

> Unit Undang-undang dan Penguatkuasaan

Unit Undang-undang dan Penguatkuasaan adalah merupakan satu unit yang membuat penguatkuasaan dan rondaan serta menjalankan tindakan undang-undang berdasarkan arahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut akta-akta yang ditetapkan. Antara tugas-tugas yang dijalankan oleh Unit ini ialah:-

  • Membuat laporan
  • Menghantar Notis untuk tindakan

> Unit Perlesenan

Unit Perlesenan berperanan untuk mengeluarkan lesen dan memberi lesen kepada peniaga-peniaga ataupun penyewa-penyewa yang menyewa bangunan atau tapak milik Majlis. Selain daripada itu, unit ini juga mengeluarkan lesen untuk peniaga – peniaga dalam urusan perniagaan dan juga lesen kebenaran iklan.

> Unit Kejuruteraan Bangunan

Unit Kejuruteraan Bangunan ini merupakan salah satu unit yang terpenting didalam Majlis Daerah Dabong . Unit ini menjalankan tugas – tugas seperti penyelenggaraan bangunan, penstrukturan bangunan dan lain-lain lagi. Borang yang digunakan oleh unit Kejuruteraan Bangunan adalah Borang A, Borang B, Borang C, Borang D, Borang E dan Borang I.

> Unit Perancangan Bandar dan Landskap

Unit perancangan bandar dan landskap adalah merupakan unit yang menjalankan perancangan untuk mengindahkan sekitar kawasan Daerah Dabong . Selain daripada itu, unit ini juga merancang dalam sektor pembangunan untuk mewujudkan satu kawasan pembangunan yang terancang. Segala pengubahsuaian ke atas bangunan ataupun penempatan oleh orang awam hendaklah dimaklumakan kepada pihak Majlis

> Unit Penilaian dan Pengurusan Harta

Unit Penilaian dan Pengurusan harta adalah sebuah unit yang melaksanakan tugas menilai dan menguruskan harta milik Majlis. Disamping itu unit ini juga berperanan dalam menjalankan penilaian keatas projek bangunan yang dijalankan oleh Majlis.

> Unit Kewangan

Unit kewangan berperanan sebagai satu unit yang penting dalam pengurusan kewangan yang melibatkan perbelanjaan Majlis.