|
|
Piagam Pelanggan Mengamalkan layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu dalam ke semua perkhidmatan pelanggan serta memberi perkhidmatan kaunter yang cekap dan berkualiti. Menjalankan perkhidmatan awam (selenggara jalan, parit dan longkang) dengan cepat dan tepat dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Mengutamakan perkhidmatan di kawasan-kawasan yang dikenakan cukai Menyedia dan meningkatkan kemudahan awam (taman, landskap, tandas awam, perhentian bas kemudahan laluan pejalan kaki dan lain-lain) untuk keselesaan semua. Mempastikan semua projek-projek yang dilaksanakan mengikut spesifikasi, selamat dan menjimatkan. Memproses segala permohonan (lesen, pembangunan, kerja-kerja dan lain-lain) mengikut prosedur dalam tempoh yang telah ditetapkan.
|
|