Bahagian Penilaiaan Dan Pengurusan Harta
Membuat penilaian ke atas pegangan-pegangan berkadar di dalam pentadbiran Majlis Daerah Dabong bagi maksud pungutan Cukai Harta sebagai sumbangan utama kepada hasil Majlis. Fungsinya ialah:
Menilai semua pegangan bercukai dalam kawasan Majlis Daerah Dabong bagi maksud kadaran yang diasaskan pada nilai tambah.
Menyediakan senarai nilaian di bawah Seksyen 137 Akta 171 yang perlu dibuat 5 tahun sekali bagi tempoh yang dilanjutkan dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.
Membuat pindaan kepada Senarai Nilaian Hartanah tersebut di bawah seksyen 144 Akta 171 atas sebab-sebab tertentu sahaja.
Mengeluarkan notis-notis mengenai taksiran cukai harta daripada tukaran nilaian-Seksyen 141(3)Akta 171.Carumam Membantu Kadar(CMK)-iaitu membuat nilaian dan mengemukakan tuntutan kepada Pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta badan Berkanun yang mana tidak dikehendaki membayar cukai harta tetapi sebagai bantuan dikehendaki membayar caruman di bawah fasal 156 Perlembagaan Persekutuan.
Menerima dan memproses pindah milik harta tanah di dalam kawasan Majlis Daerah Dabong.
« Kembali