- Mengamalkan layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu dalam ke semua perkhidmatan pelanggan serta memberi perkhidmatan kaunter yang cekap dan berkualiti.
- Menjalankan perkhidmatan awam (selenggara jalan, parit dan longkang) dengan cepat dan tepat dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Mengutamakan perkhidmatan di kawasan-kawasan yang dikenakan cukai
- Menyedia dan meningkatkan kemudahan awam (taman, landskap, tandas awam, perhentian bas kemudahan laluan pejalan kaki dan lain-lain) untuk keselesaan semua.
- Mempastikan semua projek-projek yang dilaksanakan mengikut spesifikasi, selamat dan menjimatkan.
- Memproses segala permohonan (lesen, pembangunan, kerja-kerja dan lain-lain) mengikut prosedur dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Hakcipta terpelihara 2012© Majlis Daerah Dabong